Tuesday, March 23, 2010

KOLAJ 1 MALAYSIA




SALAM 1 MALAYSIA, KOLAJ 1 MALAYSIA. Pertandingan membuat kolaj 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Perpustakaan Kemas Semariang Batu telah berjaya mengisi cuti persekolahan kepada adik-adik di sekitar kawasan Semariang batu baru-baru ini. Manakala Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia di Kuching menjadi petugas-petugas yang diamanahkan untuk mengurus pertandingan ini. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah darjah satu hingga tiga. Menariknya pertandingan ini adalah peserta diberitahu mengenai makna 1 Malaysia dan selain dari itu peralatan yang digunakan untuk membuat kolaj ini diambil daripada majalah-majalah yang terpakai. Justeru disamping menerangkan Gagasan 1 Malaysia, adik-adik juga diberi pendedahan mengenai RECYCLE,REDUCE dan REUSE ataupun 3R dimana ia juga dapat memberi serba sedikit pemahan mengenai ALAM SEKITAR. Untuk masa yang akan datang, diharap pertandingan seperti ini akan diadakan lagi disamping bertanding kita juga dapat membantu masyarakat terhadap ALAM SEKITAR. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kemas dan juga para sukarelawan yang telah meluangkan masa kepada adik-adik ini. Teruskan bersukarela...

Tuesday, February 16, 2010

My Ole-Ole Gong Xi Fa Cai

MY OLE-OLE GONG XI FA CAI



Sukarelawan Salam kali ini bertungkus lumus menjayakan Projek Ole-Ole Salam di bandaraya Kuching. Projek ini adalah dibuat pada hari perayaan-perayaan di Malaysia seperti Deepavali, Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan Gawai. Projek kali ini dibuat di pusat membeli belah iaitu di Wisma Saberkas dan The Spring. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat pelbagai bangsa di sekitar Kuching sangat kami hargai dan menambah lagi semangat terhadap sukarelawan untuk berkecimpung dalm dunia sukarela. Sukarelawan Salam juga berpeluang bersua dengan masyarakat disamping itu juga berusaha untuk mengumpul makanan yang didermakan oleh mereka. Makanan yang didermakan adalah seperti beras, serbuk kopi, teh, milo, susu, minyak masak, biskut, sirap, bungkusan mee segera dan lain-lain lagi. Selepas mendapat beberapa jenis makanan tersebut, pihak Yayasan Salam Malaysia di Kuching akan mengagihkan barangan tersebut ke rumah-rumah kaum cina yang memerlukan seperti ibu tunggal, warga emas yang tidak berwaris, keluarga miskin dan seumpamanya. Projek Ole-Ole Salam ini sangat bermakna kepada masyarakat di Malaysia disamping memberi kesedaran dan juga dapat mengekalkan perpaduan yang sejagat kepada rakyat Malaysia. Tahniah Untuk Semua..

Tuesday, February 9, 2010

Bengkel Sukarelawan Alam Sekitar IPTA Kenyalang 2010














Salam sejahtera kepada semua warga Malaysia. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada 120 pelajar IPTA Kenyalang(UITM/UNIMAS/POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI) kerana telah mengikuti Bengkel Sukarelawan Alam Sekitar IPTA Kenyalang di UNIMAS pada 5-7 februari 2010. Bengkel ini telah dianjurkan oleh MASKUM(Majlis-Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia) dan terima kasih kepada pihak HEP UNIMAS kerna telah bertungkus lumus untuk menjayakan bengkel ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan daya pemikiran, jati diri dan kesedaran pelajar sebagai sukarelawan Alam Sekitar. Disamping itu juga, bengkel ini menerapkan nilai-nilai murni dan pendedahan kepada pelajar dalam dunia kesukarelaan. Pelbagai aktiviti yang telah mereka lalui sedikit sebanyak memberi impak yang positif dan bermakna buat mereka untuk merealisasikan semasa bersama pelajar tadika Unimas beserta ibubapa mereka dan semasa berada di lokasi pilihan iaitu di Kampung Tambirat. Selain dari itu, pelajar-pelajar juga didedahkan kepada masyarakat atau bersama penduduk kampung menjalankan pelbagai aktiviti berkenaan alam sekitar seperti gotong-royong, kreativiti daripada bahan terbuang, cerita kepada adik-adik, kerjasama, menjalin hubungan tanpa mengira bangsa dan sebagainya. Usaha atau program seperti ini amatlah bermakna dan perlu ditingkatkan sama ada kepada pelajar serta orang ramai. Ini adalah kerana keadaan alam sekitar yang tidak terkawal seperti pencemaran sungai, udara, pemanasan global dan seumpamanya. Tahniah dan terima kasih kepada pelajar yang mengikuti bengkel ini, Semoga apa yang dipelajari akan dipraktikkan di mana-mana sahaja. Selamat Bersukarela..